Sunday, February 5, 2012

Puding Caramel

Dah byk kali buat tp xpenah snap photo...saja this time teringat nk snap...my mom love to eat this... actually tengah dok buat baru terperasan esen vanilla dh abih...selongkar punya selongkar jumpa la esen oren...belasah jer..sib bek rasa dia sedap gak.... so layan la... aku combine2 resipi so jdlah sebegini....
 Resipinya seperti berikut... terima kasih utk http://www.myresipi.com/ aku combine beberapa resipi dari sini maka terjadilah puding ni...

Bahan-bahan

1 cawan gula (1/2 cawan buat caramel & 1/2 lg masuk bersama adunan)
6 biji telur ayam
1 1/2 gelas susu fresh cream
1/2 gelas susu pekat (boleh kurangkan if xnak manis)
esen vanilla

Cara-cara
  1. 1/2 cawan gula dimasak sehingga kekuning dan dimasukkan ke dlm loyang. sambil itu periuk kukus dipanaskan bersama-sama loyang yg berisi caramel tadi
  2. ambil 6 biji telur dan esen vanilla diputar sehingga kembang ( aku masukkan dlm blender jer) dan akhir sekali dicampurkan dengan 1 1/2 gelas susu fresh cream dan juga susu pekat berserta 1/2 gelas gula...
  3. setelah semuanya sebati dan kembang, tuangkan adunan ke dalam loyang yg dikukus td.
  4. selepas 40 minit, puding tersebut telah masak dan biarkan ianya sejuk di dlm loyang sebelum ianya dihidangkan...
Inilah hasil puding caramel yg telah dipotong..

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...